Wednesday, 11 June 2025

Dunia

Alhamdulillah masih diberikan nikmat bernafas. Alhamdulillah masih rezeki anak2 sihat. Alhamdulillah masih diberikan badan yang sihat.

hari ni last day oncall untuk minggu ni, sok dah bebas dari oncall. Banyak lagi target tak capai sbb faktor risau keselamatan diri, faktor xsempat nk buat, faktor mengantuk dan leka hihi. InsyaAllah mungkin lepas dah kurang stress nanti Kita start balik apa yang tertunda ya. InsyaAllah. Bukan senang nak kejar syurga. Dan sementara di dunia ni kita kena usaha untuk hidup selesa di dunia.

Wednesday, 23 October 2024

Life setakat hari ni

Alhamdulillah, masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan mother of two. So happy bila ada dua orang anak sendiri ni. Xpernah rasa susah bersama diorang, sbb sebelum ni memang i love kids sangat2. Sebelum ni sekali jalan2, bawak 3 atau 4 orang anak saudara. Tp bila ank sendiri ni, stakat ni, cukuplah dua. Alhamdulillah. Bulan lepas sedikit emosi terganggu, mungkin stress sbb nk kejar kemas rumah, tp anak sentiasa nk berkepit, walaupun berkepit demgan anak tu tak penat, tp otak penat memikirkan bila bilik ai nak cantik🤣🤣🤣

start minggu ni slowly take it easy, time ank nk susu, bg susu, anak nk makan bg makan, solat settle siap2. Nk tido2 je lepas isyak sekejap, pastu bangun layan kakak lepas adik dah tido. Jemur baju, lipat mana yg baru kering, alhamdulillah slowly but surely. Hari ni start oncall. Walaupun sedikit kalut, sbb fon ank ai habis bateri dan alarm 5 am xbunyi.. jd sis sedar 6.20am. Sampai tmpt kerja 8.04 am🤣🤣🤣

ptg ni start oncall. And i dah ade partner yg mau jaga anak ai sepenuh masa🥰🥰 semoga Allah bg ketenangan dan kemudahan untuk keluarga kecil kami. Bukan senang orang nk jaga ank kita ikut skema.. yup, maybe i'm too perfectionist. Tp gitu la hakikatnya. Bukan senang nk dapat dua ketul tu. Walaupun orang cakap asal nak dapat. Tp orang xnampak usaha kita nk bahagiakan anak tu bukan senang. Nk cukupkan semua tu bukan mudah. Tp sebenarnya mudah je kalu nk cukupkan keperluan kalau target kita hanya untuk 2 ketul kesayangan sis ni. InsyaAllah. Slow2. Baiki bilik, baiki sikap, nanti2 bulih cantikkan rumah mak ai, cantikkan kebun ai. InsyaAllah ai mampu. Allah ada untuk jentik hati ai untuk menuju kearah kebaikan. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah atas takdir yang engkau takdirkan untukku

Tuesday, 15 October 2024

Alhamdulillah

Alhamdulillah alhamdulillah. Gitu lah, kito nyo jenis suka bercerita. Tp xdok tempat nok story benda2 hok remeh ni. Thats why i need a space untuk bercerita. Dulu sy selalu terfikir. Apa tukuan sy hidup. Kenapa sy dilahirkan, sebagai sy. Kenapa sy jd anak mie dan wan sy, kenapa sy ada kawan2 macam ni. Kadang terfikir, adakah mereka boleh rasa macam sy juga. Adakah orang lain melihat dunia seperti sy.

macam2 yang terbit dari fikiran. Dan sepanjang hidup ni sy bereksperimen. Syukur Alhamdulillah Allah takdirkan hidup sy begini. Dapat kerja awal, jumpa jodoh lewat, tp dapat anak awal, ada anak yg sangat mendengar kata. Dapat suami yang bertanggung jawab. Terima kasih suami. Sy tahu kamu berusaha membahagiakan kami. Alhamdulillah. Sy masih ada parents. Alhamdulillah sy masih boleh membahagiakan mereka. Terima kasih mummy daddy sbb walaupun anda warga emas, tp anda berdua yang melindungi sy dan anak2. Semoga mummy daddy panjang umur sihat sentiasa untuk lihat sy berjaya. Aamiin2. Trying to change to better version of me. Sis cuba jadi pendiam. Tp belum mampu. InsyaAllah soon. Indulge in my own world. Kadang teringin nak up status everyday. Berinteraksi dengan kawan2 jauh. I need a better plan. Tp xtahu nk mula dari mana.

Alhamdulillah both mu baby sangatlah bijak, ikut mama dia.hehe. Abah dia bijak juga, cuma bakat belum digilap. Bia la dia gilap sendiri. Loni sy nk selesaikan target sy jah. Nk rumah cantik. Untuk anak2 jadikan syurga sementara dia🥰

Thursday, 1 August 2024

Happy birthday my little one

Alhamdulillah esok 8.14am nanti genaplah umur adik 4 bulan🥰 mlm ni dua2 tido awal, and macam biasa mama mula mengambil kesempatan untuk me time. Hehehe. Semoga kedua2 anak mama membesar sihat dan bijak serta dilindungi Allah di dunia hingga ke akhirat. Aamiin2.

adik dah makin laju berguling, Alhamdulillah. Walaipun berat adik naik 100g sahaja, kira ok la sbb tinggi bertambah 4cm🥰 esok mama oncall. Alhamdulillah life sebagai mama anak dua ni sangatlah indah. Walaupun mencabar, tp its more better berbanding masa mama ada seorang anak. Bukan sbb anak mama. Tp lebih kepada stress untuk sesuaikan hidup dengan pekerjaan mama. Syukur Alhamdulillah kerja dalam suasana yang tidak buat diri ini stress. Banyak la pulak mamanye🤣🤣

semoga dengan suasana kerja di klinik ni, sis dapat bahagi masa untuk keluarga dan cita2. Bukan apa, dah lama sangat terimgin nak ada rumah dalam taman. So kita mulakan dengan buat pagar je dulu. Nanti baru nak kemas bahagian dalam kebun. So nak kena belajar settlekan urusan kain-kainan ni masa weekdays dan kebun all out masa hujung minggu. 💪🏻💪🏻

Saturday, 27 July 2024

New life🥰

Alhamdulillah, walaupun dah lama x update blog, akaun sis masih wujud. And Alhamdulillah sis dah dikurniakan dua cahaya mata🥰. Dua princess. Selepas bersalin anak pertama dulu, life sis tersangatlah busy. And masa tu sis tukar fon. Mlm ni, berjaya merajinkan diri untuk update lagi. Anak pertama sis high need baby. Mmg xleh tinggal jauh. Tp yang memudahkan, sis boleh letak dia di tempat yang dia nampak sis, and sis dah boleh nk buat semua jenis kerja. Tp disebabkan highneed dia tu, sis terpaksa tukar tempat kerja, tukar pengasuh dan sesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru yang tersangat busy dan akhirnya sis mengalah dan undur diri dari jabatan kecemasan. Dan akhirnya sis pindah kerja kat klinik semasa sis mengandungkan baby second.

dua tahun berlalu selepas sis jadi mama anak satu, sis prepare for second baby. Alhamdulillah pregnant kedua ni lebih mudah sbb sis tahu sis memang kuat. Jd xrisau dah time kerja lasak2. And xda penat2. Cuma akhir2 kandungan tu suami sis yg mandikan dan siapkan anak. And baby second dilahirkan dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah lagi. It was a smooth delivery. Baby second sis namakan syiraz (rupa yang elok) Alhamdulillah, elok rupa dia. Semoga perangai anak-anak sis secantik rupanya. Aamiin2. Anak sulung sis pun comel juga ye. Hari ni kebetulan genap 2 tahun 4 bulan umur anak sulung sis. Diorang sepatutnya berkongsi birthday, tp Allah ada takdir yang lebih baik, adik dilahirkan 6 hari lewat dari due. 2.4.24. Kakak 27.3.21. Dua bulan sebelum tarikh anniversary mama dan abah.

Alhamdulillah, sis dapat kerja kat tempat relax, pesakit tetap ada, cuma tak penat kena buat overtime. Jumaat sabtu sis boleh berkebun. Sekarang ni sis baru start kemas kawasan sekeliling rumah mak ayah sis. Slowly but surely. Nanti bnyk modal baru sis nak kemaskan tanah kebun sis pula. Yup. Sis mmg perlu menulis sbb xda orang nk dengar atau percaya angan2 sis ni. Sekurang2nya next2 ada juga kenangan untuk sis baca. And kat sini jarang orang nak baca.

Cabaran memang banyak, sbb hasilnya nanti sangatlah indah. Jadi,sis cuma perlu sabar. Kejar cita2 sambil didik anak jadi insan terbaik dan berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Aamiin2.

Sunday, 24 January 2021

23 jan 2021 thanks

Alhamdulillah, ditakdirkan berjodoh dengan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Hari ni, pertama kali suamiku yang tercinta tolong potongkan kuku kaki sis. perut dah besar, xleh tunduk lama untuk capai kaki dah. Kalau tunduk lama nanti jadi xcukup nafas, dia xpandai potong kuku ibu jari, jadi dia tolong pegangkan kaki tinggi sikit biar senang sis potong. Itu pun beberapa kali berhenti untuk tarik nafas😂😂
Semua kuku jari lain dia potongkan.

Nak nangis rasanya tgk dia ambil berat sampai macam tu. Maklumlah, kuku dia memang tak pernah panjang.🤭🤭 Thank you so much suamiku. Semoga Allah panjangkan umurmu, sihatkan dirimu, serta murahkan rezekimu sentiasa kerana menjadi seorang suami dan bakal ayah yang bertanggungjawab. Aamiin.

And thanks juga sebab selalu bawak bini balik kampung bini bila hari cuti😍😍😍.

Sunday, 10 January 2021

7 january 2021

Alhamdulillah, semua keraguan dah terbukti. Hehe mama's geng on the way to this world insyaAllah. Walaupun xdapat tgk wajah baby disebabkan anak mama dah tutup muka dia guna betis😜😜😜. 

Yup, her favorite pose masa dalam rahim mama. Around 12pm masa tu, mmg time dia take nap. Xgerak lansung walau kena kacau kat mrs doctor. 

Jd xdapat la nk amik gambar banyak2 mcm yang dirancang. Alhamdulillah abah berjaya rakam video baby masa dr scan. Tak sabar nk jumpa baby. Semoga anak mama panjang umur, sihat sentiasa, dan keluar dari rahim mama dengan mudahnya. Aamiin. 

Thanks abah sbb sponsor mama untuk kita scan baby walaupun ekonomi kita belum btul2 stabil. Semoga suamiku sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin