Alhamdulillah, walaupun dah lama x update blog, akaun sis masih wujud. And Alhamdulillah sis dah dikurniakan dua cahaya mataš„°. Dua princess. Selepas bersalin anak pertama dulu, life sis tersangatlah busy. And masa tu sis tukar fon. Mlm ni, berjaya merajinkan diri untuk update lagi. Anak pertama sis high need baby. Mmg xleh tinggal jauh. Tp yang memudahkan, sis boleh letak dia di tempat yang dia nampak sis, and sis dah boleh nk buat semua jenis kerja. Tp disebabkan highneed dia tu, sis terpaksa tukar tempat kerja, tukar pengasuh dan sesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru yang tersangat busy dan akhirnya sis mengalah dan undur diri dari jabatan kecemasan. Dan akhirnya sis pindah kerja kat klinik semasa sis mengandungkan baby second.
dua tahun berlalu selepas sis jadi mama anak satu, sis prepare for second baby. Alhamdulillah pregnant kedua ni lebih mudah sbb sis tahu sis memang kuat. Jd xrisau dah time kerja lasak2. And xda penat2. Cuma akhir2 kandungan tu suami sis yg mandikan dan siapkan anak. And baby second dilahirkan dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah lagi. It was a smooth delivery. Baby second sis namakan syiraz (rupa yang elok) Alhamdulillah, elok rupa dia. Semoga perangai anak-anak sis secantik rupanya. Aamiin2. Anak sulung sis pun comel juga ye. Hari ni kebetulan genap 2 tahun 4 bulan umur anak sulung sis. Diorang sepatutnya berkongsi birthday, tp Allah ada takdir yang lebih baik, adik dilahirkan 6 hari lewat dari due. 2.4.24. Kakak 27.3.21. Dua bulan sebelum tarikh anniversary mama dan abah.
Alhamdulillah, sis dapat kerja kat tempat relax, pesakit tetap ada, cuma tak penat kena buat overtime. Jumaat sabtu sis boleh berkebun. Sekarang ni sis baru start kemas kawasan sekeliling rumah mak ayah sis. Slowly but surely. Nanti bnyk modal baru sis nak kemaskan tanah kebun sis pula. Yup. Sis mmg perlu menulis sbb xda orang nk dengar atau percaya angan2 sis ni. Sekurang2nya next2 ada juga kenangan untuk sis baca. And kat sini jarang orang nak baca.
Cabaran memang banyak, sbb hasilnya nanti sangatlah indah. Jadi,sis cuma perlu sabar. Kejar cita2 sambil didik anak jadi insan terbaik dan berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Aamiin2.
No comments:
Post a Comment