Wednesday, 11 June 2025

Dunia

Alhamdulillah masih diberikan nikmat bernafas. Alhamdulillah masih rezeki anak2 sihat. Alhamdulillah masih diberikan badan yang sihat.

hari ni last day oncall untuk minggu ni, sok dah bebas dari oncall. Banyak lagi target tak capai sbb faktor risau keselamatan diri, faktor xsempat nk buat, faktor mengantuk dan leka hihi. InsyaAllah mungkin lepas dah kurang stress nanti Kita start balik apa yang tertunda ya. InsyaAllah. Bukan senang nak kejar syurga. Dan sementara di dunia ni kita kena usaha untuk hidup selesa di dunia.

Wednesday, 23 October 2024

Life setakat hari ni

Alhamdulillah, masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan mother of two. So happy bila ada dua orang anak sendiri ni. Xpernah rasa susah bersama diorang, sbb sebelum ni memang i love kids sangat2. Sebelum ni sekali jalan2, bawak 3 atau 4 orang anak saudara. Tp bila ank sendiri ni, stakat ni, cukuplah dua. Alhamdulillah. Bulan lepas sedikit emosi terganggu, mungkin stress sbb nk kejar kemas rumah, tp anak sentiasa nk berkepit, walaupun berkepit demgan anak tu tak penat, tp otak penat memikirkan bila bilik ai nak cantik🤣🤣🤣

start minggu ni slowly take it easy, time ank nk susu, bg susu, anak nk makan bg makan, solat settle siap2. Nk tido2 je lepas isyak sekejap, pastu bangun layan kakak lepas adik dah tido. Jemur baju, lipat mana yg baru kering, alhamdulillah slowly but surely. Hari ni start oncall. Walaupun sedikit kalut, sbb fon ank ai habis bateri dan alarm 5 am xbunyi.. jd sis sedar 6.20am. Sampai tmpt kerja 8.04 am🤣🤣🤣

ptg ni start oncall. And i dah ade partner yg mau jaga anak ai sepenuh masa🥰🥰 semoga Allah bg ketenangan dan kemudahan untuk keluarga kecil kami. Bukan senang orang nk jaga ank kita ikut skema.. yup, maybe i'm too perfectionist. Tp gitu la hakikatnya. Bukan senang nk dapat dua ketul tu. Walaupun orang cakap asal nak dapat. Tp orang xnampak usaha kita nk bahagiakan anak tu bukan senang. Nk cukupkan semua tu bukan mudah. Tp sebenarnya mudah je kalu nk cukupkan keperluan kalau target kita hanya untuk 2 ketul kesayangan sis ni. InsyaAllah. Slow2. Baiki bilik, baiki sikap, nanti2 bulih cantikkan rumah mak ai, cantikkan kebun ai. InsyaAllah ai mampu. Allah ada untuk jentik hati ai untuk menuju kearah kebaikan. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah atas takdir yang engkau takdirkan untukku

Tuesday, 15 October 2024

Alhamdulillah

Alhamdulillah alhamdulillah. Gitu lah, kito nyo jenis suka bercerita. Tp xdok tempat nok story benda2 hok remeh ni. Thats why i need a space untuk bercerita. Dulu sy selalu terfikir. Apa tukuan sy hidup. Kenapa sy dilahirkan, sebagai sy. Kenapa sy jd anak mie dan wan sy, kenapa sy ada kawan2 macam ni. Kadang terfikir, adakah mereka boleh rasa macam sy juga. Adakah orang lain melihat dunia seperti sy.

macam2 yang terbit dari fikiran. Dan sepanjang hidup ni sy bereksperimen. Syukur Alhamdulillah Allah takdirkan hidup sy begini. Dapat kerja awal, jumpa jodoh lewat, tp dapat anak awal, ada anak yg sangat mendengar kata. Dapat suami yang bertanggung jawab. Terima kasih suami. Sy tahu kamu berusaha membahagiakan kami. Alhamdulillah. Sy masih ada parents. Alhamdulillah sy masih boleh membahagiakan mereka. Terima kasih mummy daddy sbb walaupun anda warga emas, tp anda berdua yang melindungi sy dan anak2. Semoga mummy daddy panjang umur sihat sentiasa untuk lihat sy berjaya. Aamiin2. Trying to change to better version of me. Sis cuba jadi pendiam. Tp belum mampu. InsyaAllah soon. Indulge in my own world. Kadang teringin nak up status everyday. Berinteraksi dengan kawan2 jauh. I need a better plan. Tp xtahu nk mula dari mana.

Alhamdulillah both mu baby sangatlah bijak, ikut mama dia.hehe. Abah dia bijak juga, cuma bakat belum digilap. Bia la dia gilap sendiri. Loni sy nk selesaikan target sy jah. Nk rumah cantik. Untuk anak2 jadikan syurga sementara dia🥰

Thursday, 1 August 2024

Happy birthday my little one

Alhamdulillah esok 8.14am nanti genaplah umur adik 4 bulan🥰 mlm ni dua2 tido awal, and macam biasa mama mula mengambil kesempatan untuk me time. Hehehe. Semoga kedua2 anak mama membesar sihat dan bijak serta dilindungi Allah di dunia hingga ke akhirat. Aamiin2.

adik dah makin laju berguling, Alhamdulillah. Walaipun berat adik naik 100g sahaja, kira ok la sbb tinggi bertambah 4cm🥰 esok mama oncall. Alhamdulillah life sebagai mama anak dua ni sangatlah indah. Walaupun mencabar, tp its more better berbanding masa mama ada seorang anak. Bukan sbb anak mama. Tp lebih kepada stress untuk sesuaikan hidup dengan pekerjaan mama. Syukur Alhamdulillah kerja dalam suasana yang tidak buat diri ini stress. Banyak la pulak mamanye🤣🤣

semoga dengan suasana kerja di klinik ni, sis dapat bahagi masa untuk keluarga dan cita2. Bukan apa, dah lama sangat terimgin nak ada rumah dalam taman. So kita mulakan dengan buat pagar je dulu. Nanti baru nak kemas bahagian dalam kebun. So nak kena belajar settlekan urusan kain-kainan ni masa weekdays dan kebun all out masa hujung minggu. 💪🏻💪🏻

Saturday, 27 July 2024

New life🥰

Alhamdulillah, walaupun dah lama x update blog, akaun sis masih wujud. And Alhamdulillah sis dah dikurniakan dua cahaya mata🥰. Dua princess. Selepas bersalin anak pertama dulu, life sis tersangatlah busy. And masa tu sis tukar fon. Mlm ni, berjaya merajinkan diri untuk update lagi. Anak pertama sis high need baby. Mmg xleh tinggal jauh. Tp yang memudahkan, sis boleh letak dia di tempat yang dia nampak sis, and sis dah boleh nk buat semua jenis kerja. Tp disebabkan highneed dia tu, sis terpaksa tukar tempat kerja, tukar pengasuh dan sesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru yang tersangat busy dan akhirnya sis mengalah dan undur diri dari jabatan kecemasan. Dan akhirnya sis pindah kerja kat klinik semasa sis mengandungkan baby second.

dua tahun berlalu selepas sis jadi mama anak satu, sis prepare for second baby. Alhamdulillah pregnant kedua ni lebih mudah sbb sis tahu sis memang kuat. Jd xrisau dah time kerja lasak2. And xda penat2. Cuma akhir2 kandungan tu suami sis yg mandikan dan siapkan anak. And baby second dilahirkan dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah lagi. It was a smooth delivery. Baby second sis namakan syiraz (rupa yang elok) Alhamdulillah, elok rupa dia. Semoga perangai anak-anak sis secantik rupanya. Aamiin2. Anak sulung sis pun comel juga ye. Hari ni kebetulan genap 2 tahun 4 bulan umur anak sulung sis. Diorang sepatutnya berkongsi birthday, tp Allah ada takdir yang lebih baik, adik dilahirkan 6 hari lewat dari due. 2.4.24. Kakak 27.3.21. Dua bulan sebelum tarikh anniversary mama dan abah.

Alhamdulillah, sis dapat kerja kat tempat relax, pesakit tetap ada, cuma tak penat kena buat overtime. Jumaat sabtu sis boleh berkebun. Sekarang ni sis baru start kemas kawasan sekeliling rumah mak ayah sis. Slowly but surely. Nanti bnyk modal baru sis nak kemaskan tanah kebun sis pula. Yup. Sis mmg perlu menulis sbb xda orang nk dengar atau percaya angan2 sis ni. Sekurang2nya next2 ada juga kenangan untuk sis baca. And kat sini jarang orang nak baca.

Cabaran memang banyak, sbb hasilnya nanti sangatlah indah. Jadi,sis cuma perlu sabar. Kejar cita2 sambil didik anak jadi insan terbaik dan berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Aamiin2.

Sunday, 24 January 2021

23 jan 2021 thanks

Alhamdulillah, ditakdirkan berjodoh dengan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Hari ni, pertama kali suamiku yang tercinta tolong potongkan kuku kaki sis. perut dah besar, xleh tunduk lama untuk capai kaki dah. Kalau tunduk lama nanti jadi xcukup nafas, dia xpandai potong kuku ibu jari, jadi dia tolong pegangkan kaki tinggi sikit biar senang sis potong. Itu pun beberapa kali berhenti untuk tarik nafas😂😂
Semua kuku jari lain dia potongkan.

Nak nangis rasanya tgk dia ambil berat sampai macam tu. Maklumlah, kuku dia memang tak pernah panjang.🤭🤭 Thank you so much suamiku. Semoga Allah panjangkan umurmu, sihatkan dirimu, serta murahkan rezekimu sentiasa kerana menjadi seorang suami dan bakal ayah yang bertanggungjawab. Aamiin.

And thanks juga sebab selalu bawak bini balik kampung bini bila hari cuti😍😍😍.

Sunday, 10 January 2021

7 january 2021

Alhamdulillah, semua keraguan dah terbukti. Hehe mama's geng on the way to this world insyaAllah. Walaupun xdapat tgk wajah baby disebabkan anak mama dah tutup muka dia guna betis😜😜😜. 

Yup, her favorite pose masa dalam rahim mama. Around 12pm masa tu, mmg time dia take nap. Xgerak lansung walau kena kacau kat mrs doctor. 

Jd xdapat la nk amik gambar banyak2 mcm yang dirancang. Alhamdulillah abah berjaya rakam video baby masa dr scan. Tak sabar nk jumpa baby. Semoga anak mama panjang umur, sihat sentiasa, dan keluar dari rahim mama dengan mudahnya. Aamiin. 

Thanks abah sbb sponsor mama untuk kita scan baby walaupun ekonomi kita belum btul2 stabil. Semoga suamiku sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin

Monday, 23 November 2020

23/11/2020 alhamdulillah

Alhamdulillah, hari ni dah start rasa baby gerak. Dia nk tunggu tarikh birthday nenek mie dia jugak untuk bagi mama dia rasa dia gerak😍 Alhamdulillah. Syukur Alhmdulillah dia sihat. Semoga Allah sentiasa lindunginanak mama😍😍😍

Wednesday, 7 October 2020

day 111 of pregnant life

Alhamdulillah, since my married life started, life was like a roller coaster, ada naik, ada turun, ada slow and ada yg too fast to catch up. Alhamdulillah aku percaya pada rezeki selepas nikah, Alhamdulillah Allah kurniakan zuriat and rezeki untuk anak ini juga. Syukur Alhamdulillah. Walaupun dah xbuat overtime, tp still too busy untuk catch up everything macam zaman bujang.

Semuanya terbatas dengan keadaan aku sekarang, walaupun masih sihat, ada nyawa yg perlu aku lindungi. Stop half of my favorite job, no more naik ambulance hantar kes, no more CMR, no more applying POP, no more doing CPR, no more ambulans call, no more attend covid case, until i give birth to my beloved first born😍.

Makan, Alhamdulillah semua makanan favorite aku dari kecik dulu, aku boleh makan. Only. Huhu hanya makanan favorite je, makanan yg aku makan sikit2 masa sebelum pregnant, xleh nk makan lansung. Luckily, semua fav aku tu makanan yg sihat2, makanan time pantang, salad, sayur, and not to oily food. Alhamdulillah. 1 fav yg je xleh, coffee. bukan sbb xleh telan, tp not good for my pregnancy. 

Thanks husband sbb selalu jd penyejuk hati bila wife tgh mood swing. Thanks sbb faham, bila wife xleh nk teman g jalan2 bila penat, thanks sbb bg reaction yg overjoy bila wife buat surprise walaupun biasa2. Thanks for every surprise that you give to me too. Thanks for appreciating  me for every small things that i've done to you. Thanks sbb selalu gelak terbahak2 bila wife buli you😍. I ove you husband😘

Saturday, 8 August 2020

aku sedih, tp aku tahu Allah ada

Since married 27 mei 2020 hari tu, aku xada masa untuk jenguk kotak rahsia hati aku yg satu ni. Satu2nya tempat aku luahkan perkara yg aku xnak orang lain tahu. 

Alhamdulillah aku baru baik dari demam selsema. Rasa nk menangis sbb aku bersyukur sangat, Allah hilangkan rasa sakit demam selsema ni secepat ini. 

Tp hati aku masih sedih, sbb segala kebaikan aku tak dihargai. Bukan minta balasan, cukup sekadar jaga baik2 apa yg aku beri.

Mungkin aku terlalu sensitif kerana perubahan hormon, mungkin. Allah, aku mohon, berikan hati aki kekuatan, aku mohon, beri tubuh aki kesihatan, aku mohon, selamatkan bayi dan lindungi bayi yg aku kandung ini dari segala yg disekeliling. Alhamdulillah masih ada yg memahami. 

Thanks dad, sentiasa melindungi puterimu walaupun aku sudah dibawah tanggu jawab suamiku. Allahuakbar, sedih tu xtahu nk kata macam mana. Tapi aku tahu, Allah berkuasa dalam membolakbalikkan hati. Tabahkan hati aku Ya Allah. Kuatkan aku, bersihkanlah jiwa aku. Ampunilah aku. AAMIIN2 YA RABBAL ALAMIN.

Thursday, 9 April 2020

can't wait for covid lock down to end.

Xsabar rasanya nk tunggu covid lock down ni tamat, walaupun kelantan dah catat bilangan pesakit positif covid 0 dalam beberapa hari ni, area selangor still ramai yang +ve. harap2 dia bebaskan rakyat kelantan untuk bergerak di dalam negeri ni. 

Kami nk g wat persediaan untuk akad nikah nanti. Huhu baju nikah blum cari ni... Harap2 ada la 1 spare untuk sis, kalu x, mmg nk kena jahit sendiri la jawabnyaa🥺🥺

Pasni nk kena wat ot kaw2 untuk persediaan masa hadapan. 6bulan pasni kena ready untuk menghadapi kehidupan selepas nikah😪🤩 semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Friday, 3 April 2020

quarantine

Mlm ni sis on the phone ngan dia... nk nikah raya ke-4 nanti, tp preparation blm start ape2 pun untuk majlis akad nikah... Huhu xnampk bayangan agi mcm na nk wat majlis tu. Cuma plan yg br ada setakat ni, kita nk pki pinggan plastik untuk makan2 heheee baju wedding pun blm cari, tp dah plan nk g beli barang hantaran untuk majlis kat kl laaa, kat penang la, kat kuantan la...hahaha. photographer pun sis blum plan agi nk tempah sape ni🥺🥺🥺

Tuesday, 24 March 2020

rindu

Lama betul sis x update blog kan. Hari ni, day 7th after lock down dilaksanakan. Sis xsempat nk buat surprise birthday kat dia sbb birthday dia 18mac tu hari pertama lockdown dilaksanakan. Alhamdulillah day 7th berlalu tanpa ada sebarang kemeroyanan akibat demam rindu, hanya kata2 semangat, dikirim melalui whatsapp. 

Alhamdulillah, deal dah lock, family dia mai umah kali ke dua untuk confirmkan nk continue tunang or proceed untuk nikah, then we teruskan dengan plan b, nikah khitbah. heheee daddy xbagi tunang lama2 sbb ai is sejenis yg very suka clash. InsyaAllah not anymore. Because i know that he loves me so much and he also know that i love him so much. 

Semoga wabak covid-19 berjaya diputuskan rantaiannya...  Rindu kat pantai senok, nk main buih sabun kat pantai🥺🥺

Saturday, 29 February 2020

Alhamdulillah Ya Allah

Alhamdulillah, dah baik balik ngan dia, Alhamdulillah Allah masih bg peluang untuk hubungan aku dan dia. Alhamdulillah berjaya melepasi fasa 2kali clash ni. Thanks kak ngah sbb sanggup tolong😍.

Ya Allah, aku mohon kekalkanlah hubungan aku dengan syafiq hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga hujung nyawa kami. Aamiin. 

Aku gtau mummy, xjadi cancel wedding. Mummy menangis kegembiraan. Sebenarnya bukan nak cancel, cuma aku bgtau awal sbb takut sejarah yg dulu2 berulang, hubungan yg aku bina kecundang. Hanya doa je aku mampu buat. Sebab aku xtahu apa takdir yang Allah dah tentukan pada aku. 

hari ni kak ngah msj aku

Dia tanya aku ok or x. Xtau nk gambarkan mcm mana, aku harap dia jadi penyelamat hubungan kami. Aku cerita semua yg aku xleh nk sampaikan kat syafiq pada kak ngah. Bukan aku x hormat syafiq, cuma permintaan dia tu terlalu tak logik. 

Aku tahu aku xcantik mcm orang lain, aku kurang dalam banyak perkara, aku mmg xlayak nk demand apa2 pun dari dia. Sbb tu aku ikut je flow. Tp mungkin bagi syafiq, aku x amanah sebab dedahkan masalah kami pada kak ngah. Mungkin aku terlalu sombong bagi dia sbb aku xnk call dia.

And dia pun xcall dah aku lepas aku off fon petang tadi. Mungkin aku perlu redha dengan apa yang berlaku. Mungkin alu patut lupakan dia. Mungkin dia terlalu muda untuk aku. Aku rindu senyuman manis dia. Tp aku tak layak pun untul dia. Aku xmampu nk sabar dengan keremah dia

Friday, 28 February 2020

day 2 of the broken heart day.

Hari ni aku bangun lambat sbb kulb5am baru dapat lena. Its really hurting me sebab aku xleh nk keluarkan perasaan sedih ni. 

Aku masih xpercaya dia xsayangkan aku. Aku macam xpercaya dia nk control life aku. And dalam fikiran aku, bukan itu penyebab dia pergi tinggalkan aku. Xkisah lah perangai dia nk aku halang dia dari pergi sekalipun. Nope. Aku xkan buat apa yang aku xsuka. I will always be myself. Aku tahu Allah dah ciptakan aku sebaik2 hamba dia. Kalau nk ubah kearah kebaikan tu xpa. 

Cancel something yg aku dah rancang berbulan2 pada saat akhir bagi aku not a proper action. Kalau sebelum kahwin dia dah nk buat perangai kanak2 xcukup umur macam tu, apa akan jadi pada masa akan datang? I miss dia yang mencintai aku. Tp, bila dah xda rasa cinta tu kat mata dia. Aku xrasa pun dia layak untuk aku kejar. 

Dia tinggalkan aku disaat kereta aku perlu dicuci, disaat tayar kereta aku bocor. I can't take it. It takes maybe a week for me to take care of my feelings. Hari ni aku balik awal. Penat emosi. Tp apa2 pun, aku tahu, Allah is the best planner. 

Thursday, 27 February 2020

Allahuakhbar... the day yg aku xnak hadapi sampai juga akhirnya

Allahuakhbar... Subhanallah... Aku xsangka after plan nk nikah lepas raya nanti, dia undur diri semata2 xleh terima aku yang suka travel. Its funny, tp this is the fact. Aku xpasti apa yg disebalik kejadian ni. Aku tahu Allah maha mengetahui. Aku tahu semua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. mungkin dia bukan jodoh aku, mungkin Allah nk aku bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin aku tak layak untuk kelaki sesempurna dia. Yup. Dia pun sama. Xmencapai 6bulan pun perkenalan kami. 2 kali clash. Xda beza. Sejarah again repeated. Aku x menyesal kenal dia. 

Bukan cara aku untuk merayu supaya dia jangan pergi. Bukan kudrat aku untuk menghalang dia dari meninggalkan aku. Bukan lelaki yang macam tu yang aku cari. Bukan aku yang mempermainkan dia. Setiap yang aku kenal, xpernah aku x sayang. Cuma, dalam hati mmg aku akan selitkan rasa redha. Kerana aku tahu, kehilangan, bukan pilihan kita. Kehilangan adapah takdir yang Allah sediakan untuk kita.

Monday, 10 February 2020

yes dear Allah

I choose to marry him. Walau se"kanak-kanak" mana pun dia aku akn cuba untuk matang. Mungkin ini latihan untuk aku jadi isteri yang setia.

Day by day, some simple thing buat aku senang sentap. He was just trying to be sweet. Allah aku mohon, beri aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. No more single life, i know i love him so much. I dont need anything else. 

Everything will be perfect. InsyaAllah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah, berjaya melewati one from dugaan ketika bertunang... I thought dia saja cancel date sbb aku lambat, rupanya fia dah lambat nk hantar kak ngah g kb. And lagi lambat kalau nk tunggu aku sampai. Tp dia mungkin xcukup yakin untuk bagitahu tu pada aku. Risau aku salah faham, tp salah faham lain yang timbul. Alhamdulillah... Aku berjaya patahkan ego sendiri dan xtambahkan kekeliruan dia. Alhamdulillah aku yakin dia adalah yg terbaik untuk aku. Semoga Allah tetapkan dia sebagai jodoh aku hingga kesyurga. I love you so much bro, maaf sbb sis selalu petik nama mat syah untuk buat u sakit hati. 

Saturday, 8 February 2020

clash

Ya Allah aku sedih sangat mlm ni. Dia x faham aku. Sampainya hati dia xnak pujuk aku. Sampai betul hati dia ulang sejarah hidup aku and clash ngan aku. Mlm ni kena keja tp sedih nii macam naaaaa...

Dia cancel date sebab aku lambat siap... Aku ada ayah ngan mak untuk dijaga. Dah ayah aku ajak teman dia pi bakar semak, xkan la aku nk tinggal ayah aku semata2 nk date ngan dia?? Nooo i cant do that bro