Thursday, 1 August 2024

Happy birthday my little one

Alhamdulillah esok 8.14am nanti genaplah umur adik 4 bulan🥰 mlm ni dua2 tido awal, and macam biasa mama mula mengambil kesempatan untuk me time. Hehehe. Semoga kedua2 anak mama membesar sihat dan bijak serta dilindungi Allah di dunia hingga ke akhirat. Aamiin2.

adik dah makin laju berguling, Alhamdulillah. Walaipun berat adik naik 100g sahaja, kira ok la sbb tinggi bertambah 4cm🥰 esok mama oncall. Alhamdulillah life sebagai mama anak dua ni sangatlah indah. Walaupun mencabar, tp its more better berbanding masa mama ada seorang anak. Bukan sbb anak mama. Tp lebih kepada stress untuk sesuaikan hidup dengan pekerjaan mama. Syukur Alhamdulillah kerja dalam suasana yang tidak buat diri ini stress. Banyak la pulak mamanye🤣🤣

semoga dengan suasana kerja di klinik ni, sis dapat bahagi masa untuk keluarga dan cita2. Bukan apa, dah lama sangat terimgin nak ada rumah dalam taman. So kita mulakan dengan buat pagar je dulu. Nanti baru nak kemas bahagian dalam kebun. So nak kena belajar settlekan urusan kain-kainan ni masa weekdays dan kebun all out masa hujung minggu. 💪🏻💪🏻

Saturday, 27 July 2024

New life🥰

Alhamdulillah, walaupun dah lama x update blog, akaun sis masih wujud. And Alhamdulillah sis dah dikurniakan dua cahaya mata🥰. Dua princess. Selepas bersalin anak pertama dulu, life sis tersangatlah busy. And masa tu sis tukar fon. Mlm ni, berjaya merajinkan diri untuk update lagi. Anak pertama sis high need baby. Mmg xleh tinggal jauh. Tp yang memudahkan, sis boleh letak dia di tempat yang dia nampak sis, and sis dah boleh nk buat semua jenis kerja. Tp disebabkan highneed dia tu, sis terpaksa tukar tempat kerja, tukar pengasuh dan sesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru yang tersangat busy dan akhirnya sis mengalah dan undur diri dari jabatan kecemasan. Dan akhirnya sis pindah kerja kat klinik semasa sis mengandungkan baby second.

dua tahun berlalu selepas sis jadi mama anak satu, sis prepare for second baby. Alhamdulillah pregnant kedua ni lebih mudah sbb sis tahu sis memang kuat. Jd xrisau dah time kerja lasak2. And xda penat2. Cuma akhir2 kandungan tu suami sis yg mandikan dan siapkan anak. And baby second dilahirkan dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah lagi. It was a smooth delivery. Baby second sis namakan syiraz (rupa yang elok) Alhamdulillah, elok rupa dia. Semoga perangai anak-anak sis secantik rupanya. Aamiin2. Anak sulung sis pun comel juga ye. Hari ni kebetulan genap 2 tahun 4 bulan umur anak sulung sis. Diorang sepatutnya berkongsi birthday, tp Allah ada takdir yang lebih baik, adik dilahirkan 6 hari lewat dari due. 2.4.24. Kakak 27.3.21. Dua bulan sebelum tarikh anniversary mama dan abah.

Alhamdulillah, sis dapat kerja kat tempat relax, pesakit tetap ada, cuma tak penat kena buat overtime. Jumaat sabtu sis boleh berkebun. Sekarang ni sis baru start kemas kawasan sekeliling rumah mak ayah sis. Slowly but surely. Nanti bnyk modal baru sis nak kemaskan tanah kebun sis pula. Yup. Sis mmg perlu menulis sbb xda orang nk dengar atau percaya angan2 sis ni. Sekurang2nya next2 ada juga kenangan untuk sis baca. And kat sini jarang orang nak baca.

Cabaran memang banyak, sbb hasilnya nanti sangatlah indah. Jadi,sis cuma perlu sabar. Kejar cita2 sambil didik anak jadi insan terbaik dan berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Aamiin2.

Sunday, 24 January 2021

23 jan 2021 thanks

Alhamdulillah, ditakdirkan berjodoh dengan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Hari ni, pertama kali suamiku yang tercinta tolong potongkan kuku kaki sis. perut dah besar, xleh tunduk lama untuk capai kaki dah. Kalau tunduk lama nanti jadi xcukup nafas, dia xpandai potong kuku ibu jari, jadi dia tolong pegangkan kaki tinggi sikit biar senang sis potong. Itu pun beberapa kali berhenti untuk tarik nafas😂😂
Semua kuku jari lain dia potongkan.

Nak nangis rasanya tgk dia ambil berat sampai macam tu. Maklumlah, kuku dia memang tak pernah panjang.🤭🤭 Thank you so much suamiku. Semoga Allah panjangkan umurmu, sihatkan dirimu, serta murahkan rezekimu sentiasa kerana menjadi seorang suami dan bakal ayah yang bertanggungjawab. Aamiin.

And thanks juga sebab selalu bawak bini balik kampung bini bila hari cuti😍😍😍.

Sunday, 10 January 2021

7 january 2021

Alhamdulillah, semua keraguan dah terbukti. Hehe mama's geng on the way to this world insyaAllah. Walaupun xdapat tgk wajah baby disebabkan anak mama dah tutup muka dia guna betis😜😜😜. 

Yup, her favorite pose masa dalam rahim mama. Around 12pm masa tu, mmg time dia take nap. Xgerak lansung walau kena kacau kat mrs doctor. 

Jd xdapat la nk amik gambar banyak2 mcm yang dirancang. Alhamdulillah abah berjaya rakam video baby masa dr scan. Tak sabar nk jumpa baby. Semoga anak mama panjang umur, sihat sentiasa, dan keluar dari rahim mama dengan mudahnya. Aamiin. 

Thanks abah sbb sponsor mama untuk kita scan baby walaupun ekonomi kita belum btul2 stabil. Semoga suamiku sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin

Monday, 23 November 2020

23/11/2020 alhamdulillah

Alhamdulillah, hari ni dah start rasa baby gerak. Dia nk tunggu tarikh birthday nenek mie dia jugak untuk bagi mama dia rasa dia gerak😍 Alhamdulillah. Syukur Alhmdulillah dia sihat. Semoga Allah sentiasa lindunginanak mama😍😍😍

Wednesday, 7 October 2020

day 111 of pregnant life

Alhamdulillah, since my married life started, life was like a roller coaster, ada naik, ada turun, ada slow and ada yg too fast to catch up. Alhamdulillah aku percaya pada rezeki selepas nikah, Alhamdulillah Allah kurniakan zuriat and rezeki untuk anak ini juga. Syukur Alhamdulillah. Walaupun dah xbuat overtime, tp still too busy untuk catch up everything macam zaman bujang.

Semuanya terbatas dengan keadaan aku sekarang, walaupun masih sihat, ada nyawa yg perlu aku lindungi. Stop half of my favorite job, no more naik ambulance hantar kes, no more CMR, no more applying POP, no more doing CPR, no more ambulans call, no more attend covid case, until i give birth to my beloved first born😍.

Makan, Alhamdulillah semua makanan favorite aku dari kecik dulu, aku boleh makan. Only. Huhu hanya makanan favorite je, makanan yg aku makan sikit2 masa sebelum pregnant, xleh nk makan lansung. Luckily, semua fav aku tu makanan yg sihat2, makanan time pantang, salad, sayur, and not to oily food. Alhamdulillah. 1 fav yg je xleh, coffee. bukan sbb xleh telan, tp not good for my pregnancy. 

Thanks husband sbb selalu jd penyejuk hati bila wife tgh mood swing. Thanks sbb faham, bila wife xleh nk teman g jalan2 bila penat, thanks sbb bg reaction yg overjoy bila wife buat surprise walaupun biasa2. Thanks for every surprise that you give to me too. Thanks for appreciating  me for every small things that i've done to you. Thanks sbb selalu gelak terbahak2 bila wife buli you😍. I ove you husband😘

Saturday, 8 August 2020

aku sedih, tp aku tahu Allah ada

Since married 27 mei 2020 hari tu, aku xada masa untuk jenguk kotak rahsia hati aku yg satu ni. Satu2nya tempat aku luahkan perkara yg aku xnak orang lain tahu. 

Alhamdulillah aku baru baik dari demam selsema. Rasa nk menangis sbb aku bersyukur sangat, Allah hilangkan rasa sakit demam selsema ni secepat ini. 

Tp hati aku masih sedih, sbb segala kebaikan aku tak dihargai. Bukan minta balasan, cukup sekadar jaga baik2 apa yg aku beri.

Mungkin aku terlalu sensitif kerana perubahan hormon, mungkin. Allah, aku mohon, berikan hati aki kekuatan, aku mohon, beri tubuh aki kesihatan, aku mohon, selamatkan bayi dan lindungi bayi yg aku kandung ini dari segala yg disekeliling. Alhamdulillah masih ada yg memahami. 

Thanks dad, sentiasa melindungi puterimu walaupun aku sudah dibawah tanggu jawab suamiku. Allahuakbar, sedih tu xtahu nk kata macam mana. Tapi aku tahu, Allah berkuasa dalam membolakbalikkan hati. Tabahkan hati aku Ya Allah. Kuatkan aku, bersihkanlah jiwa aku. Ampunilah aku. AAMIIN2 YA RABBAL ALAMIN.